Tuesday

PENGETAHUAN SEORANG BLOGGER

Ramai manusia yang hanya mempercayai sesuatu yang berbentuk zahir dan dapat dilihat di alam realiti sahaja dengan menafikan sesuatu yang ghaib terutama melibatkan perkara ketuhanan seperti kewujudan Allah itu sendiri. Mereka yang berpegang kepada mazhab realistik banyak menafikan sesuatu perkara yang ghaib kerana hanya bersumberkan kepada akal yang sememangnya lemah tanpa mendapat bantuan daripada suluhan cahaya wahyu.         Di dalam sebuah kitab ada diceritakan bagaimana seorang guru apabila berhadapan dengan seorang yang tidak percaya kewujudan Allah kerana dia tidak mampu melihatnya lalu guru itu mengisahkan kepadanya bagaimana ada sebatang pokok yang besar telah bergoyang dengan sendiri sehingga tumbang. Selepas itu pokok itu terpotong dan diproses dengan sendiri sehingga ia menjadi sebuah perahu. Perahu itu kemudiannya melungsur dengan sendiri dari hutan menuju ke sungai yang berdekatan dan kemudiannya bergerak sendiri menyelusuri batang sungai itu dan ia tiba di destinasinya tanpa ada bantuan daripada sesiapa pun. Mendengar cerita ini lalu orang itu menuduh guru tersebut menipunya kerana baginya tidak masuk akal sesuatu itu boleh memproses dirinya sendiri tanpa bantuan sesuatu yang lain. Lalu guru itu dengan tersenyum sambil memberitahunya itulah ia hakikat kewujudan Allah di mana adanya alam ini mesti ada Penciptanya walaupun tidak dapat dilihat kewujudannya. Adalah suatu yang mustahil alam ini terjadi dengan sendiri tanpa adanya Tuhan yang menciptanya.
        Begitu juga dengan suatu kisah yang berlaku dalam satu kelas sains di mana seorang guru sains telah bertanya muridnya tentang kewujudan Tuhan sedangkan ia tidak mampu dilihat. Lalu salah seorang muridnya bangun untuk bertanya gurunya itu mengenai elektrik. Dia bertanya kepada gurunya tentang keyakinan gurunya itu mengenai kewujudan elektrik lalu gurunya itu menjawab bahawa elektrik memang ada. Si murid bertanya lagi tentang di mana kewujudan elektrik tersebut samada di suis, di wayar atau di mentol lampu. Si guru tidak mampu menjawab walau pun dia yakin bahawa lektrik memang ada tetapi tidak mampu dilihat kewujudannya. Inilah hakikat kewujudan Allah di mana walau pun kita tidak mampu melihatnya tetapi kita yakin bahawa Dia tetap wujud dengan adanya alam ciptaanNya ini. Kita diminta memikirkan tentang kejadian Allah bukannya disuruh memikirkan zat Allah.
        Ada lagi sebuah cerita di mana penulis petik daripada satu e-mail yang dihantar oleh seorang sahabat di mana ia mengisahkan bagaimana ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa  yang boleh menjawab. Suatu hari dia bertemu seorang imam tua ditempatnya lalu dikemukakan segala persoalan yang terbuku dihatinya itu.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab
pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya
tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya,  insya’Allah

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan
Pertamanya jika benarlah Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan itu kepada saya?
Keduanya apakah yang dinamakan TAKDIR?
Ketiganya jika syaitan diciptakan dari api kenapa mereka dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa Pak Imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah…Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak ajukan kepada saya….!!

Pemuda : Saya amat tidak faham…??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya tadi?

Pemuda : Tentu sahaja saya merasakan sakit dan pedih…!!

Pak Imam : Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya….!

Pak Imam : Tunjukan pada saya wujudnya sakit itu…, atau macam mana rupanya??..!

Pemuda : Tak boleh pak imam…!!!?

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak….!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak….!!!?

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging…!!!

Pak Imam : Dari apakah dibuat pipi awak itu…?

Pemuda : Kulit dan daging….!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit dan pedih….!!!?

Pak Imam : Itulah…! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan….walaupun sama unsur asalnya.

Pemuda : Allahuakbar!
        Inilah antara kisah yang menarik yang mampu merungkaikan segala persoalan yang timbul di kepala pemuda tadi yang terjawab dengan penuh simbolik oleh Pak Imam


Dipetik daripada :  http://aki2004.wordpress.com/

Saturday

TEMAN SEORANG BLOGGER

HELLO YAWW !
Setelah sekian lamanya , AKHIRNYAAAA aku BERJAYA meng-updatekan diri jugak , hehe . taknak cerita panjang panjang . JANUARI telah pun berlalu , dan sekarng FEBRUARY menyusul . aku bukan nak cakap apa , 2 bulan ni mmg mencabar bagi aku sebagai seorng lelaki ( MASYAALLAH ! ASAL LAH AYAT AKU POYO SANGAT ! HAHA ) . okayy , like this . Just wanna to tell you about my BFF ! nama ? -MRS. N- . i dont know what happen to me , but she can make me crazyyy yeahh ! she is a SMART GIRL and i takleh nafikan . acctually i love her . HONESTLYY . She's great for me . nak tau sapa ? no need lahh ;D . lets to beeing privatelyy . hehe . i have make a veryyyy big mistake in my life , whyy ? sebb aku pernah tinggalkan die dulu, but i'm feel luckky . SHE STILL WANT TO BE MY FRIEND ! its is an great honour . lets go to the main point k ? Her ambition is to be a DOCTOR and treat the people at PALESTINE . OLEHYANGDEMIKIAN i hope to go there too . AS A NAVY(hope so) and tolong mereka dengan apa jua sekali pun . To MRS N , hope to be a great friend with youuu and iloveyouuu friend :D

*this is credit only for you MRS N :)

http://zarulnovella-mylifee.blogspot.com/BLOGGER. Powered by Blogger.